Monday 28 October 2013

Kosas-Tanaman Nanas

Nanas atau nama botaninya Ananas Comosus adalah dari keluarga Bromeliaceae, tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan.
Mengikut sejarah, Christopher Columbus, penjelajah berbangsa Itali, adalah orang yang memperkenalkan nanas di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan Caribbean pada tahun 1493 semasa pelayaran keduanya di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia.
Sejarah nanas di Tanah Melayu bermula apabila orang-orang Portugis membawanya masuk ke Semenanjung Malaysia. Penanaman nanas di dunia berpusat di negara-negara seperti Brazil, Hawaii, Afrika Selatan, Kenya, Pantai Gading, Mexico dan Puerto Rico. Di Asia tanaman nanas ditanam di negara-negara Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia.
Di Malaysia pula nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Antara jenis nanas yang sesuai dan disyorkan ditanam adalah jenis Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36, Josaphine dan MD2.
Oleh sebab itu KOSAS juga telah mengambil inisiatif dan telah bermula dengan pembukaan Ladang Nanas yang terletak di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor pada Januari 2005. Peringkat permulaan KOSAS hanya menanam nanas jenis N36 kemudia diikuti Josaphine dan MD2.
Mengikut perancangan, KOSAS akan menggantikan nanas jenis N36 dan Josaphine dengan nanas jenis MD2. Ini kerana nanas jenis MD2 mempunyai nilai pasaran  yang tinggi di peringkat antarabangsa. Ladang Nanas, Kampung Kundang di Kuala Langat, Selangor dilihat akan mampu untuk memberikan keuntungan dan pulangan lumayan kepada KOSAS.
Dengan kerjasasama ANM (Agensi Nuklear Malaysia) KOSAS telah berjaya menghasilkan tisu kultur MD2 yang digunakan sebagai benih yang akan dan telah ditanam di Ladang Nanas, Kampung Kundang. Dengan doa anggota sokongan Anggota Lembaga Koperasi dan komitmen Pengurusan, Ladang Nanas, Kampung Kundang akan lebih maju dan dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada KOSAS.
Sumber : Website Kosas Berhad 

No comments:

Post a Comment